Saturday, March 30, 2013

Gulai Tempoyak



Suatu gulai masakan dari durian yang diperam yang enak dan sedap untuk dinikmati dengan syarat menggunakan ikan segar dan durian permentasi baru.

Bahan-bahan :
  1. Ikan Patin atau Baung
  2. Tempoyak, dari durian baru
  3. Serai 3 batang dikeprok
  4. Bunga Kantan 1 batang. Dihiris
  5. Daun Kesom 5 tangkai
  6. Kunyit hidup atau serbok ditumbuk
  7. Cabai atau chilli merah, 7 - 10 biji ditumbuk
  8. Garam
  9. Gula
  10. Air 2 gelas besar.
Cara menggulai :
  • Potong sesuai ukuran keluarkan darah dan kotoran beserta organ dalam serta bersihkan ikan dengan baik dan benar
  • Ambil empat sendok  besar tempoyak  kemudian aduk merata  dengan cabai, kunyit beserta ikan tadi dan diamkan selama setangah jam agar ikan tersa lebih sedap.
  • Siapkan kuali masak untuk dimasukkan air sekurang kurangnya 2 gelas besar. Hidupkan api. 
  • Masukkan Bunga kantan, serai dan daun kesom.
  • Apabila mendidih, masukkan kunyit. Selepas itu garam secukup rasa dan gula, sekurang kurangnya 3/4 sendok. Gulai diaduk merata tetapi berhati hati kerana ikan ini agak lembut mudah pecah. Satu lagi, gulai akan masak lebih kurang 1/2 jam. Apabila sudah masak, biarkan 1/2 jam lagi bagi ikan dan kuah asat sepenuhnya. Gulai tempoyak sedap dengan suhu hangat.

Catatan :
Membuat tempoyak dengan cara kikis buah durian dimasukkan didalam gelok dan biarkan permentasi selama tiga hari minimal.
Agar tempoyak terasa original/asli hindari memakai bawang merah dan putih beserta santan atau asam jawa..

Selamat mencoba dan menikmati...!!!

Salam,
Rahmatullah Soelaiman

No comments:

Post a Comment